KRU Media

SEJARAH

Sejak tahun 1992, KRU Group telah menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan terkemuka dari industri berbeza seperti hiburan, sukan, makanan & minuman, fesyen, automotif, pendidikan, telekomunikasi, pelancongan, kosmetik, hartanah, kewangan, penjagaan kesihatan, dan banyak lagi.

Kami telah membantu pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Multinasional, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Yayasan, serta Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana, dalam usaha mereka mencipta, merancang, menerbitkan, dan menguruskan kempen penjenamaan dan komunikasi dengan jayanya. Sebagai nilai tambah kepada pelanggan kami, KRU Media telah memperkenalkan dua portal berita yang strategik. Pertama, "Boom!", sebuah portal berita hiburan yang dilancarkan pada bulan Julai 2021, dengan fokus kepada pasaran B2C berbahasa Melayu. Keduanya "Jurnal", sebuah portal berita hal ehwal semasa yang dilancarkan pada Disember 2022, yang mensasarkan pasaran B2B dan B2G yang menggunakan Bahasa Melayu.

ms_MYMS