Selain daripada platform media KRU, kami juga menyediakan pengurusan komunikasi strategik antara pelanggan kami bersama pelbagai syarikat media pihak ketiga. Perkhidmatan kami termasuk merangka bahan komunikasi yang menarik, menghantar maklumat melalui saluran media yang bersesuaian bagi membina hubungan baik antara syarikat anda bersama pemegang taruh seperti pelanggan, pekerja, pelabur, dan pihak berkepentingan yang lain.
Menjaga reputasi yang baik dan membina hubungan kukuh dengan pemegang taruh adalah penting bagi kejayaan anda. Perkhidmatan hubungan media KRU membantu anda dalam mengurus imej jenama anda dengan berkesan, menyampaikan maklumat, dan memupuk kepercayaan dengan pelanggan sasaran anda.