KRU Media

KRU Media adalah sebuah syarikat media digital yang menyediakan penyelesaian komprehensif bagi pengiklanan, produksi kandungan berjenama, pemasaran pempengaruh, perhubungan awam, dan pengurusan acara. Kami juga memiliki rangkaian yang luas dengan rakan-rakan media lain bagi membantu jenama anda lebih dikenali dalam talian dan juga melalui pelbagai acara. Dengan objektif membantu anda mendekati kumpulan sasar melalui cara yang lebih efektif, kami akan bekerjasama dengan anda dalam menyediakan pakej yang dirangka khas mengikut keperluan jenama anda.

Kami juga akan memperkasakan strategi media anda dengan cara mengintegrasikan platform media dan media sosial kami untuk mencapai objektif penjenamaan dan komunikasi anda. KRU Media menawarkan pakej yang berpatutan dan sesuai untuk perniagaan kecil hingga syarikat besar tanpa mengabaikan kualiti. Dari pempengaruh mikro yang memberikan seribu daya tarikan hingga pemasaran makro di media sosial selebriti, iklan banner, iklan radio, iklan televisyen, dan produksi siaran langsung secara maya, kami memiliki kesemua yang diperlukan untuk memastikan jenama anda mencapai kejayaan yang memuaskan.

0
Paparan Halaman Bulanan
0
Jumlah Pengikut Media Sosial
0
Penglibatan Bulanan
ms_MYMS